Jumaat, 20 April 2012

MAAF & TERIMA KASIH

Bukan susah pun nak cakap terima kasih & maap. Perkataan yang paling senang untuk di ucap. Tapi bagi sesetengah orang perkataan itu laa yang paling susah nak di ucap. Kenapa ye?

Manusia sesama manusia memang patut ucap perkataan tu tetapi dengan hati yang ikhlas. Bukannya sebab ada orang lain yang memaksa dan bukan sebab terpaksa. Kalau tak ikhlas, buat apa nak cakap. Dari kata - kata dan gerak badan pun kita dah tahu yang seseorang itu ikhlas atau tidak dalam mengucapkan kata - kata maaf atau terima kasih.

Tapi janganlah orang yang membantu cakap, "aku dah tolong kau, kau kena cakap terima kasih". Perlu ke cakap macam tu. Orang yang mendengar akan berasa sakit hati. Orang yang menuturkan kata - kata tersebut seolah - olah bangga dengan pertolongan yang diberikan dan orang yang di tolong wajib mengucapkan terima kasih. Jangan mengharap balasan daripada orang kalau kita tidak ikhlas membantu, walaupun benda yang di bantu adalah kecil.

Bila meminta pertolongan orang atau menghargai seseorang itu, ucap lah terima kasih. Bukan susah pun. Tetapi janganlah meminta balasan yang lebih kerana hanya tuhan yang tahu apa perkara yang setimpal dengannya.

Kata - kata maaf kebiasaannya diucap jika kita melakukan kesalahan. Tetapi ada juga manusia yang sering menyalahkan orang lain walaupun puncanya daripada diri sendiri. Kenapa perlu menyalahkan orang lain jika kesalahan adalah berpunca dari diri sendiri. Tidakkah diri sendiri rasa bersalah terhadap perkara yang dilakukan. Sebagai manusia, kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Kesalahan yang besar ataupun kecil. Tetapi sekurang - kurangnya, mengakulah kesalahan tersebut. Dan sebagai balasannya, maafkan lah orang yang melakukan kesalahan tersebut.

Dengan memaafkan orang, hati kita akan menjadi lebih tenang sebenarnya. Dan tiada dendam di dalam hati. Jadi maafkan lah orang lain, kerana dengan memaafkan orang lain, kita dapat membersihkan hati kita dari segala perkara lepas yang pernah kita lakukan.

Maaf atas kekurangan saya & terima kasih semua (^_^)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan