Jumaat, 13 April 2012

BLUEBERRY CHEESE TART


BLUBERRY CHEESE TART BARU KELUAR DARI OVEN
Pada mulanya tidak pernah terlintas pun mahu membuat tart. Semuanya bermula dari kawan sekelas aku dari kelas DPM, Izzati Anis. Oleh kerana, terlalu kerap membeli tart darinya, (sebab adik - adik suka makan) jadi mama menyuruh aku belajar membuatnya.

Perkara pertama yang aku buat ialah cari resepi yang berkaitan tart. Semua itu tidak menjadi masalah kerana mama sudah ada bukunya (macam tahu je satu hari nanti aku hendak menjual tart...hehehe).
Kemudian cari bahan-bahannya. Acuan tart agak mahal kerana ia diperbuat dari aluminium. Disebabkan mama dengan rela hati hendak membayar, aku ok je. Maklumlah aku baru habis diploma dan masih belum mempunyai pendapatan lagi pada masa itu.
Dengan semangat yang berkobar - kobar, malam itu juga aku buat tart. Pada masa yang sama, keluarga ayah teh (pakcik) pun datang. Dan mereka menjadi mangsa untuk merasa tart aku yang tak berapa hendak menjadi.
Aku tidak mengalah disitu sahaja. Kalau mengalah,sia - sialah bahan - bahan membuat tart yang mama beli.

Bila sudah kerap membuat tart, aku mempunyai resepi tersendiri. Walaupun pada mulanya aku meniru buku, kita tidak boleh ikut 100% dari buku tersebut. Seperti yang aku tahu, jika kita meniru resepi orang 100%, resepi itu tidak akan begitu menjadi.

Jadi dengan resepi tersendiri, alhamdulillah aku berjaya membuatnya. Inilah hasilnya. Kakak - kakak di pejabat selalu minta aku membuatnya, tetapi maaf ye. Saya sibuk. Satu hari nanti saya buat ye kakak - kakakku yang tersayang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan