Ahad, 15 April 2012

BRUNEI

Brunei merupakan salah satu negara yang terkaya di dunia. Brunei sangat berbeza dengan Malaysia. Di sana tidak ada cukai kerana negara mereka sudah cukup kaya dengan hasil pengeluaran minyak.

Banyak tempat - tempat menarik yang telah saya lawati di sana. Salah satunya ialah kubah emas.


KUBAH EMAS DI WAKTU MALAM

Bila malam cantik sangat. Ini pemandangan di waktu malam. Dengan simbahan lampu, memang nampak macam emas. Waktu siang hanya nampak kubah sahaja yang berwarna emas. Sebab iu di panggil kubah emas. Cantikkan...


KUBAH EMAS DI WAKTU SIANG

Ini pula gambar kubah emas pada waktu siang. Kebetulan semasa saya datang adalah hari Khamis dan waktu Zuhur dan hari kemerdekaan Brunei. Ramai warga asing disekitar Bandar Seri Begawan. Macam duduk di negara mereka pula. Mana - mana pergi hanya jumpa warga asing sahaja.


NASI KATOK

Ini pula nasi katok. Sangat terkenal di Brunei. Mana - mana pergi, mesti ada nasi katok. Nasinya wangi, ayam goreng yang ranggup dan sambal yang sedap dan tidak berapa pedas. Kedai yang terkenal dengan Nasi katok ialah kedai Nasi Katok Mama. Memang sedap. 4 hari di sana, 4 hari juga kami makan nasi katok. tengahari dan malam. Memang tidak jemu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan