Sabtu, 28 April 2012

*KEPENATAN*

Kadang - kadang penat nak melayan kerenah orang. Itu nak terasa, ini nak terasa...Penat...Orang tak tahu kita ni senang ke tak...Tahu nak terasa je...

Kalau nak ikut kan hati sendiri, sampai bila - bila pun terasa. Tapi pernah fikir tak keadaan orang sekeliling. Apa kesannya. At least, bila dah tolong, hargailah niat baik orang tu. Bukannya dengan lepaskan perasaan tak puas hati tu.

Orang tua - tua yang dah banyak asam garam pun masih tak tahu lagi. Ingat orang lain tak ada komitmen ke. Itu nak, ini nak. Aish kata dah banyak sangat pengalaman, tapi entah ye ke tak pun tak tahu laa...

Itu lah orang yang tak pernah fikir dan faham kedaan sekeliling. Tahu nak minta je tapi tak pernah nak menghargai.

MORAL OF THE STORY : HARGAI ORANG SEKELILING ANDA SELAGI MASIH ADA.

Jumaat, 27 April 2012

ME & MYSELF...

 

Setelah sekian lama baru nak kenalkan diri...ish ish ish...

Nama saya Lyana Hazeeqah & sekarang saya bekerja sambilan di sebuah institusi kerajaan. Tapi sambilan je...Bukan tetap pun...jadi bila - bila je boleh berhenti kerja. Gaji pula di kira hari. Tak datang kerja tak ada laa gaji...Sedih kan...hehehe

Apa - apa pun saya bersyukur dengan kerja yang saya ada sekarang. Walaupun mencabar tapi sesuai dengan jiwa saya.

Mencabar - mencabar pun kadang - kadang rasa juga lelahnya. Penat melayan masalah - masalah orang yang tak habis - habis minta duitnya balik. Kalau nak duit, bagi lah dokumen - dokumen yang kami minta. Ini tak, tahu nak cari salah orang je. Apa punya orang daaa....

Yang tu dah cerita pasal kerja. So, bebalik pada yang asal. Tahun ini saya baru nak merasa umur 21 tahun. Maklumlah, birthday hujung tahun. Tahun depan lah baru nak merasa umur meningkat naik. Hehehe...Umur sebenanya 22 tahun tapi masih lagi muda & macam budak - budak. Dekat pejabat, saya paling muda. Dekat kelas pun saya paling muda. Mana lah saya tak macam budak - budak. Cuma dengan budak - budak, saya boleh je jadi matang. Mengada - ngada kan...hehehe

Saya sekarang buat pengajian luar kampus. 4 tahun. Tapi sekarang tinggal lagi 3 tahun setengah. Semestar 1 dah habis dengan jayanya. Walaupun keputusan tidak begitu baik, tapi alhamdulillah. Kadang - kadang terasa sedikit kepenatan. Yela balik kerja, terkejar - kejar nak ke kelas malam pula. Tapi saya tak kisah demi segulung ijazah, hope saya dapat kerja yang lebih baik dan dapat membantu keluarga saya. Takkan dah tua pun ibu bapa nak tanggung lagikan. Bila dah besar, kena sedar sendiri lah.

Jadi saya sebagai anak yang sulung, kena sentiasa bertanggungjawab pada keluarga saya. & i love my family & myself

Jumaat, 20 April 2012

MAAF & TERIMA KASIH

Bukan susah pun nak cakap terima kasih & maap. Perkataan yang paling senang untuk di ucap. Tapi bagi sesetengah orang perkataan itu laa yang paling susah nak di ucap. Kenapa ye?

Manusia sesama manusia memang patut ucap perkataan tu tetapi dengan hati yang ikhlas. Bukannya sebab ada orang lain yang memaksa dan bukan sebab terpaksa. Kalau tak ikhlas, buat apa nak cakap. Dari kata - kata dan gerak badan pun kita dah tahu yang seseorang itu ikhlas atau tidak dalam mengucapkan kata - kata maaf atau terima kasih.

Tapi janganlah orang yang membantu cakap, "aku dah tolong kau, kau kena cakap terima kasih". Perlu ke cakap macam tu. Orang yang mendengar akan berasa sakit hati. Orang yang menuturkan kata - kata tersebut seolah - olah bangga dengan pertolongan yang diberikan dan orang yang di tolong wajib mengucapkan terima kasih. Jangan mengharap balasan daripada orang kalau kita tidak ikhlas membantu, walaupun benda yang di bantu adalah kecil.

Bila meminta pertolongan orang atau menghargai seseorang itu, ucap lah terima kasih. Bukan susah pun. Tetapi janganlah meminta balasan yang lebih kerana hanya tuhan yang tahu apa perkara yang setimpal dengannya.

Kata - kata maaf kebiasaannya diucap jika kita melakukan kesalahan. Tetapi ada juga manusia yang sering menyalahkan orang lain walaupun puncanya daripada diri sendiri. Kenapa perlu menyalahkan orang lain jika kesalahan adalah berpunca dari diri sendiri. Tidakkah diri sendiri rasa bersalah terhadap perkara yang dilakukan. Sebagai manusia, kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Kesalahan yang besar ataupun kecil. Tetapi sekurang - kurangnya, mengakulah kesalahan tersebut. Dan sebagai balasannya, maafkan lah orang yang melakukan kesalahan tersebut.

Dengan memaafkan orang, hati kita akan menjadi lebih tenang sebenarnya. Dan tiada dendam di dalam hati. Jadi maafkan lah orang lain, kerana dengan memaafkan orang lain, kita dapat membersihkan hati kita dari segala perkara lepas yang pernah kita lakukan.

Maaf atas kekurangan saya & terima kasih semua (^_^)

Ahad, 15 April 2012

BRUNEI

Brunei merupakan salah satu negara yang terkaya di dunia. Brunei sangat berbeza dengan Malaysia. Di sana tidak ada cukai kerana negara mereka sudah cukup kaya dengan hasil pengeluaran minyak.

Banyak tempat - tempat menarik yang telah saya lawati di sana. Salah satunya ialah kubah emas.


KUBAH EMAS DI WAKTU MALAM

Bila malam cantik sangat. Ini pemandangan di waktu malam. Dengan simbahan lampu, memang nampak macam emas. Waktu siang hanya nampak kubah sahaja yang berwarna emas. Sebab iu di panggil kubah emas. Cantikkan...


KUBAH EMAS DI WAKTU SIANG

Ini pula gambar kubah emas pada waktu siang. Kebetulan semasa saya datang adalah hari Khamis dan waktu Zuhur dan hari kemerdekaan Brunei. Ramai warga asing disekitar Bandar Seri Begawan. Macam duduk di negara mereka pula. Mana - mana pergi hanya jumpa warga asing sahaja.


NASI KATOK

Ini pula nasi katok. Sangat terkenal di Brunei. Mana - mana pergi, mesti ada nasi katok. Nasinya wangi, ayam goreng yang ranggup dan sambal yang sedap dan tidak berapa pedas. Kedai yang terkenal dengan Nasi katok ialah kedai Nasi Katok Mama. Memang sedap. 4 hari di sana, 4 hari juga kami makan nasi katok. tengahari dan malam. Memang tidak jemu.

Jumaat, 13 April 2012

BLUEBERRY CHEESE TART


BLUBERRY CHEESE TART BARU KELUAR DARI OVEN
Pada mulanya tidak pernah terlintas pun mahu membuat tart. Semuanya bermula dari kawan sekelas aku dari kelas DPM, Izzati Anis. Oleh kerana, terlalu kerap membeli tart darinya, (sebab adik - adik suka makan) jadi mama menyuruh aku belajar membuatnya.

Perkara pertama yang aku buat ialah cari resepi yang berkaitan tart. Semua itu tidak menjadi masalah kerana mama sudah ada bukunya (macam tahu je satu hari nanti aku hendak menjual tart...hehehe).
Kemudian cari bahan-bahannya. Acuan tart agak mahal kerana ia diperbuat dari aluminium. Disebabkan mama dengan rela hati hendak membayar, aku ok je. Maklumlah aku baru habis diploma dan masih belum mempunyai pendapatan lagi pada masa itu.
Dengan semangat yang berkobar - kobar, malam itu juga aku buat tart. Pada masa yang sama, keluarga ayah teh (pakcik) pun datang. Dan mereka menjadi mangsa untuk merasa tart aku yang tak berapa hendak menjadi.
Aku tidak mengalah disitu sahaja. Kalau mengalah,sia - sialah bahan - bahan membuat tart yang mama beli.

Bila sudah kerap membuat tart, aku mempunyai resepi tersendiri. Walaupun pada mulanya aku meniru buku, kita tidak boleh ikut 100% dari buku tersebut. Seperti yang aku tahu, jika kita meniru resepi orang 100%, resepi itu tidak akan begitu menjadi.

Jadi dengan resepi tersendiri, alhamdulillah aku berjaya membuatnya. Inilah hasilnya. Kakak - kakak di pejabat selalu minta aku membuatnya, tetapi maaf ye. Saya sibuk. Satu hari nanti saya buat ye kakak - kakakku yang tersayang.