AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH
DAN AKU BERSAKSI BAHAWA
NABI MUHAMMAD ITU ADALAH PESURUH ALLAH
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Ungkapan dua kalimah syahadah, atau mengucap dua
kalimah syahadah merupakan dua susunan perkataan yang nilainya di sisi Allah
dan orang-orang yang beriman adalah melebihi daripada nilai dunia dan segala
isinya. Diriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa “Sekiranya hendak ditimbang nilai
dua kalimah syahadah dengan segala isi dunia, nescaya timbangan yang membawa
dua kalimah itulah yang terlebih berat”.
Dua kalimah
syahadah adalah dua ungkapan yang mesti diucapkan dengan lidah dan diakui
dengan hati yang ikhlas oleh setiap orang yang ingin memeluk agama Islam.
Yakni, dua kalimah inilah yang menjadi perantara di antara seorang Muslim dan
bukan Muslim. Apabila seseorang yang sebelumnya menganut agama lain kemudian
ingin memeluk agama Islam, maka dia perlu mengucap dua kalimah syahadah inilah.
Dua kalimah syahadah adalah rukun yang pertama
daripada lima rukun Islam. Maksud rukun itu sendiri ialah; dasar, tiang, asas
dan sendi (Kamus Dewan, ed.4, 2007). Jadi lima rukun Islam itu akan membentuk
jatidiri seseorang muslim (orang yang beragama Islam) itu sendiri, sama ada ia
benar-benar Islam atau sebaliknya. Sekiranya pincang salah satu daripada rukun
itu, maka Islam seseorang tidaklah seperti sepatutnya. Dua kalimah syahadah ini
merupakan rukunnya yang pertama maka ia perlu dihayati sesungguh-sungguhnya oleh
setiap orang Islam.
Kata guru ana “Kalau tak cukup rukun, atau tidak
sempurna rukun, tak taulah sama ada Islam seseorang manusia itu diterima atau
tidaknya. Macam orang suruh tukang rumah buat rumah, tetapi ia tidak mahu ada
tiang rumah, tak tahulah tukang rumah mana yang sanggup buat rumahnya itu,
kerana apa yang diingininya itu bukanlah rumah sebenar rumah seperti fahaman
dan ilmu seseorang tukang rumah”.
Dua kalimah syahadah ini juga satu ungkapan yang
menjadi syiar umat Islam apabila mereka melaungkan azan bagi menyeru manusia
untuk mengerjakan solat. Tidak diterima azan atau tidak dinamakan azan tanpa
ucapan dua kalimah syahadah ini.
Syahadah maksudnya penyaksian
Dua kalimah syahadah ini adalah lafaz penyaksian. Bermaksud aku sanggup menjadi saksi bahawa tidak ada Tuhan yang disembah, yang ditaati, yang benar, yang mentadbir, dan yang segala-galanya melainkan Allah. Dan aku juga sanngup menjadi saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah yang tidak akan menyampaikan sesuatu melainkan apa-apa yang disuruh oleh Allah; sama ada daripada segi perkataan, perbuatan dan semua tingkahlaku baginda.
Dua kalimah syahadah ini adalah lafaz penyaksian. Bermaksud aku sanggup menjadi saksi bahawa tidak ada Tuhan yang disembah, yang ditaati, yang benar, yang mentadbir, dan yang segala-galanya melainkan Allah. Dan aku juga sanngup menjadi saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah yang tidak akan menyampaikan sesuatu melainkan apa-apa yang disuruh oleh Allah; sama ada daripada segi perkataan, perbuatan dan semua tingkahlaku baginda.
Mafhumnya, tidak sahlah penyaksian seseorang yang
tidak menuruti kehendak-kehendaki lafaz dua kalimah syahadah ini. Iaitu yang
tidak tunduk dan tidak patuh kepada suruhan Allah, atau mana-mana suruhan
Allah. Tidak percaya kepada semua yang disampaikan oleh Rasulullah SAW, atau
mana-mana di antara sunnah Rasul itu. Seseorang saksi, ia sanggup menyaksikan
setiap apa yang disaksikannya atau yang dipercayainya dengan sepenuh-penuh
penyaksian. Tidak ragu-ragu lagi.
Penyaksian kepada dua kalimah syahadah ini pula
letaknya di hati. Bukan pada lidah semata-mata. Sebab mana manusia pernah
menyaksikan Allah? Mereka tidak pernah melihat Allah tetapi merasakan dengan
hati akan kebesaran dan perlunya mereka patuh kepada segala perintah Allah.
Mereka sekarang ini juga tidak pernah berjumpa dengan Rasulullah SAW tetapi
kemurnian risalah yang dibawa oleh Baginda dan ketinggian akhlak baginda yang
dipelajari daripada hadis-hadis menjadikan manusia itu yakin akan setiap
perkara yang dibawa baginda itu benar daripada Allah SWT.
Mungkin kita pernah dengar “saksi palsu”. Saksi
palsu ini tidak akan diterima oleh mana-mana mahkamah di dunia, apatah lagi
mahkamah Allah di akhirat. Kita juga mungkin pernah dengar orang
beerkata ”sesiapa yang derhaka kepada ibubapanya, tidak dapat mengucap
apabila ajal menjemput”. Kenapa berlaku demikian? Kerana, pekerjaan menderhaka
ibubapa itu adalah larangan Allah, jadi mana boleh si penderhaka kepada suruhan
Allah akan menyaksikan kebenaran Allah? Contoh ini memberi gambaran bahawa,
penyaksian si penderhaka kepada Allah tidak akan diterima hatta mungkin
mulutnya sendiri tidak akan mampu melafazkan dua kalimah syahadah di saat ia
memerlukannya.
Penghayatan
Ungkapan dua kalimah syahadah ini sepatutnya dihayati oleh umat Islam pada setiap masa dan ketika. Tidak berlalu sesuatu waktu kecuali diperbaharui ingatan dan penghayatan kepada kedua-dua lafaz ini. Seseorang muslim hendaklah senantiasa membasahi bibirnya dengan ucapan dua kalimah syahadah. Lalu hatinya juga akan turut dibasahi dengan nilai iman, taqwa dan rasa penyerahan serta penghambaan kepada Allah dan ketaatan kepada apa-apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Ungkapan dua kalimah syahadah ini sepatutnya dihayati oleh umat Islam pada setiap masa dan ketika. Tidak berlalu sesuatu waktu kecuali diperbaharui ingatan dan penghayatan kepada kedua-dua lafaz ini. Seseorang muslim hendaklah senantiasa membasahi bibirnya dengan ucapan dua kalimah syahadah. Lalu hatinya juga akan turut dibasahi dengan nilai iman, taqwa dan rasa penyerahan serta penghambaan kepada Allah dan ketaatan kepada apa-apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Kelalaian umat Islam untuk terus memperbaharui rasa
penghambaan dan ketaatannya melalui ucapan dua kalimah keramat ini akan
menjadikan mereka alpa dan leka. Seterusnya sesat dan menyimpang daripada jalan
yang lurus itu. Na’uzubillah min zalik. Lantas mereka mudah terpedaya dengan
hasutan syaitan yang menjadi musuh tradisinya sepanjang kehidupan. Lantas
mereka lalai dengan tipu daya dunia yang bersifat sementara lalu lupa kepada
kehidupan akhirat yang kekal abadi.
Semuanya mungkin bermula daripada kealpaan kepada
ungkapan dua kalimah syahadah inilah.
Kalaulah rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan
ibadah haji itu dituntut melakukannya sekali seumur hidup apabila telah
mencapai kemampuan sama ada daripada segi kewangan, kesihatan dan keselamatan.
Kalaulah rukun yang keempat iaitu zakat itu dituntut melakukannya apabila cukup
nisab dan haulnya bagi yang berkemampuan. Kalaulah rukun ketiga iaitu puasa itu
dituntut melakukannya setahun sekali selama sebulan pada bulan ramadhan dan
kalaulah rukun Islam yang kedua iaitu solat itu dituntut melakukannya lima kali
sehari maka ungkapan dua kalimah syahadah yang menjadi teras, paksi dan sendi
agama ini dituntut melakukannya setiap masa dan ketika.
Rukun-rukun Islam yang lain itu memerlukan
kemampuan daripada segi fizikal, kewangan dan sebagainya namun rukun yang pertama
dan yang asas ini tidak sedemikian. Ia hanya perlu kepada ingatan di hati yang
secara ikhlas melafazkan dengan lidah demi menyatakan penyerahan dan pengabdian
serta tunduk dan patuhnya seseorang itu kepada tuntutan dan kehendak agama.
Oleh kerana itulah, sepatutnya seseorang Islam itu
sentiasa melafazkan dua kalimah syahadah ini pada setiap masa dan ketika. Ia
merupakan tuntutan agama yang mana waktu masuknya adalah pada setiap masa.
Tidak ada waktu khusus seperti solat, puasa, zakat ataupun haji. Ia adalah
ibadah sepanjang masa. Dan ia adalah asas yang utama.
Sebab itu, orang yang mati dalam keadaan ingat
kepada kedua lafaz utama ini akan diterima di sisi Allah. Sabda Rasulullah SAW
(hadis sahih) “Barangsiapa yang mati dengan mengucapkan dua kalimah syahadah
maka ia layak memasuki syurga Allah” atau sebagaimana maksud lafaz daripada
Rasulullah SAW.
Amalan
Lafaz dua kalimah syahadah ini bukan hanya untuk diucapkan oleh mereka yang baru nak masuk Islam sahaja. Mereka yang dah lama Islam itu tidak perlu mengucapkannya pula. Sebaliknya sebagai umat Islam, kita perlu sentiasa mengucap dua kalimah syahadah dengan niat memperbaharui nilai iman dan Islam (penyerahan diri kita kepada Allah dengan mengikuti segala syariat-syariatnya yang dibawa oleh Rasulullah SAW).
Lafaz dua kalimah syahadah ini bukan hanya untuk diucapkan oleh mereka yang baru nak masuk Islam sahaja. Mereka yang dah lama Islam itu tidak perlu mengucapkannya pula. Sebaliknya sebagai umat Islam, kita perlu sentiasa mengucap dua kalimah syahadah dengan niat memperbaharui nilai iman dan Islam (penyerahan diri kita kepada Allah dengan mengikuti segala syariat-syariatnya yang dibawa oleh Rasulullah SAW).
Samentelah lah pula apabila Rasulullah SAW
mengingatkan kita bahawa “Pada akhir zaman, manusia berpagi-pagi dengan Islam
kemudian berpetang-petang dalam keadaan kafir. Ataupun mereka berpetang-petang
dalam keadaan Islam kemudian berpagi-pagi dengan kekufuran”. Maksudnya
kadang-kadang manusia muslim itu terdedah dengan kekufuran pada setiap masa.
Walaupun zahirnya mereka tidak menyembah selain Allah seperti berhala dan
sebagainya, tetapi mereka mungkin mengambil sesuatu ajaran selain syariat Allah
sebagai amalan itupun sudah cukup untuk menjadikan berpaling daripada Islam.
Sekurang-kurangnya pun mereka melakukan perbuatan
syirik (menyekutukan Allah) yang tersembunyi di dalam hati. Seperti merasai
kesempurnaan diri, takabur (besar diri), ujub (bangga diri) dan lain-lain sifat
hati yang mazmumah maka itu telah menjadikannya melalukan perbuatan yang
menyekutukan Allah kerana meletakkan diri mereka pada tempat Allah yang maha
sempurna, berkuasa, perkasa dan seumpamanya itu.
Apabila perkara ini telah dilakukan, maka mereka
perlu segera kembali kepada Allah dengan mengucap dua kalimah syahadah semula.
Mereka perlu kembali beriman dan berpegang teguh dengan ajaran Allah bahkan
memperjuangkannya. Semuanya itu perlu dimulai dengan penyerahan diri melalui
ungkapan dua kalimah syahadah itulah. Kerana segala amalan umat manusia tidak
ada nilai di sisi Allah melainkan mereka terlebih dahulu menyatakan iman dan
penyerahan diri kepadaNya.
Sepatutnya apabila bangun sahaja dari tidur, kita
mengucap dua kalimah syahadah. Memulakan ibadah seperti solat, puasa dan
sebagainya itu dengan ucapan dua kalimah syahadah. Memulakan kerja mencari
rezeki dengan kalimah dua syahadah. Apabila pulang dari kerja kita mengucap dua
kalimah syahadah, takut-takut semasa kerja tadi kita melakukan atau
memperkatakan sesuatu mengeluarkan kita daripada landasan patuh kepada Islam
yang membatalkan iman. Wal iya zu billah.
Dan yang paling penting, apabila hendak tidur,
kita mengucap dua kalimah syahadah. Kerana sabda Rasulullah SAW “Barang siapa
yang kalimah akhirnya adalah ‘La Ilaha Illallah’ nescaya akan masuk syurga”.
Pesan guru ana “kalaupun sudah terlalu letih, dan tidak sempat ingin membaca
perkara-perkara lain (zikir) maka ucapkanlah sekurang-kurangnya lafaz dua
kalimah syahadah” sebelum tidur. Mana tahu, itulah kesempatan kita yang
terakhir.
Kesimpulan
Marilah sama-sama kita mempertingkatkan kefahaman dan amalan kita yang berkaitan dengan dua kalimah syahadah ini sama ada secara langsung (lafaznya) atau tidak langsung (pengajarannya yang berbentuk penyerahan diri sepenuhnya kepada ajaran agama Allah). Lazimilah ucapan dua kalimah syahadah ini pada setiap masa dan ketika walau di manapun kita berada selagi hayat dikandung badan. Semoga kembalinya kita kepada Allah nanti adalah dalam keadaan menyerah diri kepadaNya secara keseluruhan dan sempurna.
Marilah sama-sama kita mempertingkatkan kefahaman dan amalan kita yang berkaitan dengan dua kalimah syahadah ini sama ada secara langsung (lafaznya) atau tidak langsung (pengajarannya yang berbentuk penyerahan diri sepenuhnya kepada ajaran agama Allah). Lazimilah ucapan dua kalimah syahadah ini pada setiap masa dan ketika walau di manapun kita berada selagi hayat dikandung badan. Semoga kembalinya kita kepada Allah nanti adalah dalam keadaan menyerah diri kepadaNya secara keseluruhan dan sempurna.
Firman Allah (Ali Imaran:102) “Wahai orang-orang beriman,
bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benarnya dan janganlah kamu mati
melainkan sebagai orang Islam (yang menyerah diri kepada Allah secara sepenuhnya).
Wallahu alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan