Jumaat, 15 Jun 2012

DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH....


Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan :

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh : Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar : Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran : Surah Al Anbiyaa - Ayat 69 dan Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah : Surah Toha ayat 1-5

Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam : Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah : Surah Al Baqarah dibaca & tiup pada air dan spray keliling rumah

1 minit untuk mengingat Allah
Langkah 1:
· Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
· SUBHANA'LLAH
· ALHAMDULI'LLAH
· LAA I LAAHA ILLA'LLAH
· ALLAHU AKBAR
· ASTAGHFIRU'LLAH
· LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
· ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI· WA SAHBIHI AJMA'EEN
Langkah 2:
· Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan
Langkah 3:
· Forward email ini kepada rakan2 yang anda kasihi..

Hasil 1:
· Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.

Hasil 2:
· Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.



BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud


Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (Hadis riwayat Al-Qudhi)


Dalam tidak sedar.

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya
memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh
dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)


Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka
diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air
hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)


Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak
terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah
yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah
permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)


Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)


Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya biarkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu.

Hukum Mengumpulkan Dua Waktu Solat ..


Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar (sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya).
Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut. Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalikan sembahyangnya maka jawab baginda, "Iaitu
mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".
Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas, "Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".
Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang mengumpulkan dua
sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu
besar dari pintu dosa-dosa besar".
(Riwayat Al-Hakim)

SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG
Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan.

Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:-
1) Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada;
2) Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api
itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti; dan
3) Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata,
"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia-siakan sembahyang
Subuh." Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

CUAI SOLAT LIMA WAKTU

Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang didalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan.
Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.
Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan kepalang sakit, pedih dan derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka yang mahu mengambil iktibar daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu kita manusia yang kerdil ini tidak mampu menghadapinya.
Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus alpa dengan dosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah balasannya adalah seksa di neraka kelak.
Selagi hayat masih dibadan, sebelum tiba masanya kita dijemput Allah, perbanyakkanlah taubat untuk dosa-dosa yang kita lakukan dan memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan banyak mengingati Allah. Semoga mati kita di dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT, dan diampunkan dosa kita.
Jangan berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Walau sebanyak mana dosa yang kita
lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh, insyaallah akan diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun. Namun kalau dosa itu ada kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang, mengumpat,menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang berkenaan disamping memohon keampunan Allah SWT. Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu akan mendorong kita bersungguh-sungguh menbuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran, malah berusaha mencegahnya.
Wallahualam.....



Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara....




1.. Song....
Lagu-lagu yang menghiburkan.. jika ada anak-anak yang tak tau mengucap.. tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela... Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah.... tapi boleh mengingati lagu Siti Nurhaliza yang panjangnya berdepa depa..... berjaya sudah Yahudi.... Hingga kita terfikir..... bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?
2. ...Sex.....
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex dimana-mana.. di kaca tv, dalam filem, dalam iklan... babak sex amat lumrah.. kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex... filem 18SX amat laris berbanding filem U... VCD lucah mudah didapati... dan harganya amat murah... Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah......
3. ...Smoke....
Rokok.. menjadi kegilaan para remaja... sehingga dikatakan tidak moden jika tidak merokok... malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau digelar "up to date".. Dulu yang merokok ini golongan pelacur saja.... ataupun penari kabaret.... (aku tengok dari filem P Ramlee).... Syabas yahudi... berjaya lagi kamu....
4. .....Sport...
Pelbagai jenis sukan ditonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan... hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga.. Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss... bukan yang bermain sahaja tak sembahyang... yang menonton pun tak sembahyang juga... Kalau menonton di rumah... akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL.... Yahudi gol lagi.... sampai ada ulamak kata... kerana sukan.. sembahyang boleh tangguh... Masya-Allah,..

5. .. Fun..
Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.... Kalau kita lihat dalam 100 majalah.. mungkin 99 adalah majalah hiburan.. termasuklah majalah mangga... yang menayangkan buah mangga artis perempuan.... Kalau ada konsert.... sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert.... pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....
6.... Female...
Perempuan...tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan..terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan... Kalau kita ke kedai bateri kereta.... di hadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi... apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?... kalau iklan Modess... perempuan ada patutlah... Yahudi bersorak lagi.....
7...Fashion....
Fesyen terutama perempuan yang bermacam- macam.. sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat.... Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah... Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.... Bila warnakan rambut.. mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung.. bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu... Kalau dah rambut diwarnakan... sembahyang pun tak sah... malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air... itu tak kira yang cukur bulu kening lagi... Yahudi ketawa lagi....Umat islam sudah jadi macam Yahudi....

8. .. Food..Makanan..
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasukalah McD, Kentucky , Pizza hut... dan seribu satu macam lagi... Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah dipandang hina.... masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan... tapi makanan Barat menjadi kebanggaan... Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang halalnya? Contohnya Kentucky .. rempahnya datang dari Amerika.... siapa nak pergi check... halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap... Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi... tetapi berfikiran pun macam yahudi... Nauzubillah.....Yahudi makan Islam lagi...
Itu baru protokol yang ke 10......yang lain-lain entah macam-macam lagi.... aku cinta Malaysia ...... tapi lebih cintakan ALLAH..... oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah......

Selasa, 5 Jun 2012

CERITA LAWAK...HEHEHE

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.
Tidak ada sebuah kereta pun berhenti. Tiba- tiba datangla... sebuah kereta evo 7 berhenti di sebelah kancil tadi. "Ada ...apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."Aa rosak "jawap pakcik tu simple aje....
"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea. "orait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam".
"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. Dia pun jalan la..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik..
Tiba-tiba ada sebuah skyline datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7. Apa lagi,jiwa muda pantang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar skyline nie...lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.
Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi high beam bagai nak rak. Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulan pulak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan. Vrooommm.... ..bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie...
Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie... "Over..over, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju....sebuah skyline,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye........ sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan high beam nak potong!!...

13 PERKARA YANG PERLU DIJAGA OLEH WANITA

Ingatlah, sesungguhnya kamu (wahai suami-suami) akan juga dipertanggungjawabkan atas isteri-isteri dan anak-anak kamu. Peliharalah dirimu dan keluargamu dari menjadi bahan bakar api neraka. Nauzubillah..


1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.
(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. PakaianBarangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


13. Rambut Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Sumber :
http://peribadirasulullah.wordpress.com/2012/05/04/13-aurat-pada-wanita/

SIAPA PALING POWER

WIKIPEDIA : Aku tahu semuanya.

FACEBOOK : Aku pula kenal dengan semua orang .

FRIENDSTER : A'aa, semua kenalan aku kau curi !

MYSPACE : Kami musuh anda wahai Facebook !

TWITTER : Takpe Facebook, aku back-up kau .

GOOGLE : DIAMMM !! Aku ada semuanya .

MOZILA : Eh , tanpa aku , korang tidak boleh diakses .

IE : Wei Mozilla , sendrik mau ingat ha . . gua kan ada !

MOZILA : Lu pehal ? Kacau line orang jer !

IE : Lu dulu la mamat , mengaku lu sorang jer boleh akses pada diaorang tadi ! !

INTERNET : Sudah !!! jangan gaduh-gaduh ! Kalau aku takde , korang lagi la takde ! Power tak aku ?

FACEBOOK : Hmmm , akulah yang paling ramai di kunjungi . Jadi gua yang terbaekkkkk !!!

YAHOO : Facebook, jangan riak . Kalau aku takde, mana boleh buat email !

GOOGLE : Yahoo, Gua kan boleh buat email gak !

MAXIS, CELCOM, TMNET : (serentak) Ehem! Lu org ingat kami ni kayu ?

TNB : Diamlah korang, nanti aku matikan elektrik . . baru korang tau siapa paling power …

Jumaat, 1 Jun 2012

For bubble tea lovers, please read below :





Bubble Tea
Bubble tea shops are popping up all over the place - in malls, on corners, and anywhere else thirsty teens tend to gather. Bubble tea, also called pearl milk tea or boba tea, originated in Taiwan and has become a worldwide sipping - and chewing - phenomenon.
But what is bubble tea anyway? Take a cup, plop in a handful of round, gelatinous pearls of tapioca, top it with brewed black or green tea, mix in some milk, sugar, flavouring, and ice. Then shake it all up, and you've got yourself a bubble tea.(1)

Bubble tea brings a lot of sweet excitement to our taste buds but it is also very harmful to health.
Milk essence is the main ingredient in bubble tea. Ten cups of fresh milk cannot match the taste of a teaspoon of milk essence.The main ingredient of milk essence is hygrogenated vegetable oil, a type of transfat. Experts says that a glass of 500ml of bubble tea a day far exceed the allowable limit of transfat for any person(2grams a day)(7). It will lead to heart and blood vessel diseases.(2)

Milk essence gives the bubble tea the fragrance and make it tasty. The fragrance and tastiness derived from a type of chemical. This chemical has trace of arsenic, lead, copper and many harmful minerals(6).Long term consumption can lead to heart and blood vessel disease, cancer, asthma and other health complications.(5)

Consuming the black bubbles pearls is equivalent to consuming plastic. Normally these bubbles were made from casava (tapioca) powder, which could lead to cyanide poisoning (8). This alone does not give the rubbery texture. To make it more rubbery, millet protein is added. Some “black hearted” businessmen felt that this is still not rubbery enough. so, an artificial plastic powder is added. This type of artificial plastic material will never be digested and absorbed into the body, and bear in mind, plastic is toxic to your body if consumed. It will remain in the body and cause havoc to our health. You can imagine what will happen to your health after prolonged consumption of transfat and plastic!!!!(3) (4) 

FOR YOUR HEALTH SAKE, PLEASE ABSTAIN FROM BUBBLE TEA.

WANITA Y BERWAJAH TIDAK CANTIK



Seorang gabenor pada zaman Khalifah Al-Mahdi, pada suatu hari mengumpulkan sejumlah rakyatnya dan menaburkan wang dinar dihadapan mereka. Semuanya saling berebut untuk memungut wang itu dengan riang gembira. Kecuali seorang wanita berkulit hitam dan berwajah buruk.
Dia hanya diam sahaja tidak bergerak, sambil memandang jiran – jirannya yang sebenarnya lebih kaya dari dirinya, tetapi seolah-olah mereka kekurangan harta.
Dengan kehairanan Gabenor bertanya, “Mengapa engkau tidak memungut wang dinar itu seperti jiran engkau yang lain?”
Wanita berwajah buruk itu menjawab, “Mereka cari wang dinar sebagai bekal dunia. Sedangkan yang saya memerlukan bukan dinar melainkan bekal akhirat.”
“Maksud kamu?” tanya Gabenor yang mulai tertarik akan keperibadian perempuan itu.
Maksud saya, wang dunia sudah cukup. Yang masih saya perlukan adalah bekal akhirat, iaitu solat, puasa dan zikir. Kerana perjalanan di dunia amat pendek jika dibandingkan dengan pengembaraan di akhirat yang panjang dan kekal.”
Dengan jawapan seperti itu, Si Gabenor merasa telah disindir tajam. Dia insaf, dirinya selama ini hanya sibuk mengumpulkan harta benda dan melalaikan kewajipan agamanya. Padahal kekayaannya melimpah ruah, tidak akan habis dimakan keluarganya sampai tujuh keturunan. Sedangkan umurnya sudah di atas setengah abad, dan Malaikat Izrail sudah mengintainya.
Akhirnya Gabenor jatuh cinta kepada perempuan buruk itu. Khabar itu tersebar ke segenap pelusuk negeri. Menteri dan orang besar negara sangat hairan, bagaimana seorang Gabenor boleh menaruh hati kepada perempuan hodoh itu.
Maka pada suatu kesempatan, mereka diundang oleh Gabernor dalam sebuah pesta mewah. Semua rakyat, termasuk wanita yang hodoh tadi. Mereka diberikan gelas cristal yang bertahtakan permata, berisi minuman anggur segar. Gabenor memerintah agar mereka membaling gelas masing-masing.
Semuanya kebingungan dan tidak mahu menuruti perintah itu.
Namun, tiba-tiba terdengar bunyi berderai, tanda ada orang gila yang melaksanakan perintah itu. Itulah si perempuan berwajah buruk tersebut. Di kakinya terdapat pecahan gelas berhamburan. Semua orang nampak terkejut dan kehairanan. Gabenor itu bertanya, “Mengapa kamu membaling gelas itu?“
Tanpa takut wanita itu menjawab :
Ada beberapa sebab:
Pertama, dengan memecahkan gelas ini bererti berkurangnya kekayaan Tuan. Tetapi, pada saya perkara itu lebih baik, kerana kewibawaan Tuan terjaga lantaran perintah Tuan tidak dipatuhi.”
Gabenor terkesima. Para tetamunya juga kagum akan jawapan yang masuk akal itu.
Sebab lain?” tanya Gabenor itu lagi. Wanita itu menjawab.
“Kedua, saya hanya mentaati perintah Allah. Sebab di dalam Alquran, Allah memerintahkan agar kita mematuhi Allah, Utusan-Nya, dan para penguasa. Sedangkan Tuan adalah penguasa, atau ulil amri, maka saya laksanakan perintah Tuan.”
Gabenor semakin takjub. Demikian pula para tetamunya.
“Masih ada sebab lain?”
Perempuan itu mengangguk dan berkata.
“Ketiga, dengan saya memecahkan gelas itu, orang-orang akan menganggap saya gila. Namun, perkara ini baik buat saya. Biarlah saya di cap gila daripada tidak melakukan perintah Gabenornya, yang bererti saya sudah berbuat derhaka. Tuduhan saya gila, akan saya terima dengan lapang dada daripada saya dituduh derhaka kepada penguasa saya. Itu lebih berat buat saya.
Maka Gabenor yang sedang menduda itu melamar lalu menikahi perempuan hodoh dan hitam legam itu. Semua yang mendengar sangat gembira kerana Gabenor memperolehi jodoh yang bukan sahaja taat kepada suami, tetapi juga taat kepada gabenorrnya, kepada Nabinya, dan kepada Tuhannya.